Choose Your Browser

About Us

 

KENALI SAMBAL CHE'NOR KLIK DI SINI http://chenorfood.com.my/  

 

Sambal Garing Che’ Nor dicipta secara rasmi pada 1 March 2015 ketika pengasas, Puan Noraida Aznita mengusahakan Restoran Che’ Nor Cendol Madu di Kota Damansara. Jualan hanya dibuat di kaunter restoran sebagai salah satu pendapatan tambahan sahaja awalnya. Bermula dengan hanya satu kuali seminggu, permintaan sentriasa meningkat sehingga sambal perlu dimasak dua kuali setiap hari. Pada ketika itu, pelanggan-pelanggan tetap mula bertanyakan tentang peluang untuk mereka menjual dan boleh mendapat pendapatan tambahan melalui produk ini. Pada 1 Mei 2015, kami memulakan sistem ejen dan bagi membuka peluang untuk orang ramai berkongsi kesedapan dan keenakan Sambal Garing Che’ Nor. Alhamdullilah, setakat 2019 kami mempunyai 60 stokis dan 3000 ejen jualan berdaftar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Terpanggil untuk memperkomersialkan sambal resipi turun temurun daripada ibu beliau yang sering membekalkan sambal garing untuk dibawa pulang ke asrama. Atas factor sedap dan pedas membangkitkan selera makan dan tahan lama dalam suhu bilik, beliau percaya produk resipi ibunya ini akan dapat membantu dan memudahkan kerja-kerja penyediaan makanan yang pantas untuk keluarga, perkelahan dan juga dikala melancong ke luar negara.